Tarikh : 29.04.2018
Hari : Ahad
Masa : 08.00 - 2.00 petang
Lokasi :  Dewan Kg Pemukat Kuala Lawas

 

Tujuan :

Mempromosikan advokasi Klik Dengan Bijak serta mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia. Selain itu, ianya jugak adalah bertujuan untuk berkaloborasi bersama agensi lain.

Aktiviti :

Booth Pusat Internet 1 Malaysia . Aktiviti advokasi seperti kuiz advokasi dan peraduan advokasi Klik Dengan Bijak .

Gambar disini

Video disini

Tarikh : 13.04.2018
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Peserta : 6 orang peserta

 

Tujuan :

Memberikan dan mengajar asas Microsoft Office Word. Walaupun terdapat peserta yang telah hadir pada seelum ini, ianya adalah untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan sedia ada untuk dipraktikkan pada masa kelak.

Aktiviti 

Petugas memberikan cara-cara menggunakan Microsoft Office Word dengan betul. Antara topik yang diajar adalah cara menaip, menukar fon tulisan, menukar warna fon telefon dan menambah bullet atau point di dalam word. Diharap peserta mendapat manfaat melalui kelas yang telah dilakukan .

Gambar disini

Tarikh : 11.04.2018
Hari : Rabu
Masa : 9.30 - 11.30 pagi
Peserta : 21 orang peserta

 

Tujuan : 

Memberikan pendedahan kepada peserta untuk mewarna dengan cara yang lebih menyeronokkan dan kreatif . Memberikan cadangan kepada tenaga pengajar tadika untuk melakukan aktiviti sedemikian di tadika masing-masing .

Aktiviti :

Peserta diberikan setiap sehelai seorang. Peserta mewarna mengikut citarasa masing-masing dan kreativiti masing-masing. Peserta yang dah siap mewarnakan akan diberikan tab serta diawasi oleh petugas untuk menggunakan applikasi Quiver . Peserta boleh belajar sambil berhibur.

Gambar disini

Video disini

Tarikh : 11.04.2018 - 15.04.2018
Masa : 8.30 - 5.00 petang
Lokasi : PI1M Kampung Banting
Peserta : 11 orang peserta

 

Tujuan :

Mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada pelajar sekolah menengah dan lepasan sekolah . Memberikan galakan kepada peserta untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti disamping minggu dashboard adalah untuk memeriahkan aktiviti di PI1M Kampung Banting .

Aktiviti :

Peserta menggunakan aplikasi dashboard menggunakan tab dan komputer riba. Peserta melakukan MYHEALTH, MYKOMUNITI, MYPLACE, APPS LOG IN dan KUIZ ONLINE DASHBOARD. Peserta yang lengkap melakukan kesemua aplikasi diberikan hadiah saguhati iaitu sehelai baju tshirt dashboard komuniti.

Gambar disini

Tarikh : 06.04.2018
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Peserta : 9 orang peserta

 

Tujuan :

Meningkatkan kemahiran peserta muda khususnya pelajar sekolah rendah dan menengah . Kemahiran ini sangatlah penting disamping boleh menjana pendapatan untuk diri sendiri bila dewasa kelak.

Aktiviti :

Membuat demo dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai cara yang betul membuat cheesekut .

Gambar disini

Video disini