Nama Jenama : | NABELLFADLIEY |
Nama Pemilik : | Mohamad Nabilfadli Bin Kamarulzaman |
Produk : | Nabilicious Cookies dan Popia Tahai Goreng . |
Facebook : | Nabellfadliey |
Instagram : | Nabellfadliey |
NABELLFADLIEY merupakan pemilik kepada pengurus PIM Kampung Banting . Produk yang dihasilkan oleh NABELLFADLIEY adalah Nabilicious Cookies dan Popia Tahai Goreng .
Nabilicious Cookies dan Popia Tahai Goreng merupakan produk homemade dan produk tempatan .Produk yang dihasilkan tidak menggunakan sebarang penggunaan pewarna dan perasa tiruan .
NABILICIOUS COOKIES
POPIA TAHAI GORENG
Al-Baghdadi Learning Centre Cawangan Lawas merupakan pemilik kepada salah seorang ahli aktif Pusat Internet Malaysia Kampung Banting (PIM Kg Banting) . Nama beliau adalah Encik Julaihee Bin Matusin.
Al-Baghdadi Learning Centre merupakan salah satu pusat pengajian Al-Quran untuk mempelajari bacaan, tajwid dan lain-lain mengikut kaedah Al-Baghdadi . Kelas yang dilakukan bukan hanya terhad kepada kanak-kanak malahan turut dibuka kepada pelajar sekolah, belia dan dewasa . Lokasi Al-Baghdadi Learning Centre Cawangan Lawas berada di sebelah PI1M Kampung Banting iaitu beralamat Lot 4344, Tingkat 1, Jalan Banting, 98850 Lawas Sarawak .
Pelajar yang berdaftar kini mencecah lebih daripada 20 orang pelajar dimana terdapat pelajar telah tamat pengajiannya. Tenaga pengajar bagi kaedah Al-Baghdadi juga merupakan tenaga pengajar yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran di dalam kaedah ini dimana kebanyakkan tenaga pengajar adalah ustaz bagi sekolah di sekitar Bandar Lawas.
Kepada anda yang berada di luar sana jika ingin mempelajari Al-Quran menggunakan kaedah Al-Baghdadi boleh terus berhubung dengan Encik Julaihee Bin Matusin (019-4905549) atau walk in ke Al-baghdadi Learning Centre untuk pertanyaan lebih lanjut .
CAFFEAN CAFÉ
Di awal penubuhan CAFFEAN CAFÉ , ianya lebih dikenali sebagai CAFFEAN COFFEE dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di TEMPAT LETAK KERETA, LAWAS (berhampiran dengan PASAR LAWAS).Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dari penguna atau pelanggan. Ini adalah kerana produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan sentiasa mengekalkan standard yang tinggi untuk memastikan pelanggan berpuas hati.Apabila CAFFEAN COFFEE semakin mendapat sambutan dari orang ramai, pemilik CAFFEAN COFFEE mula mengembangkan perniagaan mereka dan mula membuka CAFFEAN CAFÉ.
Berikut merupakan logo rasmi bagi CAFFEAN CAFÉ. CAFFEAN CAFÉ memulakan perniagaan secara rasmi pada tahun 2017. Lokasi CAFFEAN CAFÉ adalah sangat strategik kerana betul-betul berada di Bandar Lawas. Landmark bagi CAFFEAN CAFÉ adalah :
- BELAKANG CHAN FURNITURE
- SEBERANG COSWAY
Inilah CAFFEAN CAFÉ yang terletak di Bandar Lawas. Bermula dari kecil-kecilan dan sekarang telah mempunyai café yang tersendiri dan ini secara tidak langsung boleh memberikan kepada usahawan lain di luar sana agar jangan mudah berputus asa dalam mencapai kejayaan dan impian.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai makanan dan minuman yang disediakan di CAFFEAN CAFÉ bolehlah hubungi seperti yang berikut:
FACEBOOK : CAFFEAN CAFÉ
INSTAGRAM : CAFFEAN CAFÉ
Ceramic Beads adalah salah satu usahawan Kraftangan Manik Seramik tempatan . Pemilik Ceramic Beads adalah Roziah Rinai Binti Samai. Pelbagai kraftangan yang dihasilkan oleh beliau seperti gelang, rantai, dan keychain yang berunsurkan manik seramik.
Tempahan juga boleh dilakukan mengikut reka bentuk dan warna citarasa pengguna .
Untuk tempahan , pengguna boleh melihat butiran di bawah atau berkunjung ke premis perniagaan beliau bertempat di No.7 , Gerai Perlancongan Majlis Daerah Lawas, 98850 Lawas ( berhampiran dengan stesen bas Lawas).
Nama brands : | Ceramic Beads |
Nama pemilik : | Roziah Rinai Binti Samai |
Produk : | Kraftangan Manik Seramik |
Email : | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Instagram : | ceramicbeads_mamit7782 |