Sebut sahaja Nasi Kerabu pasti ramai peminatnya. Nasi Kerabu ialah makanan Malaysia yang dikenali dengan nasi yang warna biru serta dengan telur masin , ayam goreng,ayam sos atau ayam rendang.Ini membuatkan rakyat Lawas sangat meminati Nasi Kerabu di Restaurant Nurizz Kitchen yang terletak sama bangunan Farmasi Lawas dan berhampiran dengan Tamu Lawas
Nama Restaurant | Restaurant Nurizz Kitchen |
Lokasi | Bangunan berdekatan dengan Tamu Lawas |
Makanan | Nasi Kerabu |
Sebut sahaja makanan laut ataupun lebih dikenali sebagai makanan seafood di Lawas pasti ramai peminatnya. Sebut sahaja ketam pasti komuniti sekitar akan mengetahui tempat makanan berasaskan ketam yang sedap. Paling penting adalah ianya ketam yang segar dan besar.
Nama Warung | Warung Kampung Banting |
Lokasi | Kampung Banting (Rumah Ketua Kampung Banting) |
Makanan | Ketam Lada Hitam/Kicap |
Sebut sahaja lokan pasti penduduk Lawas akan mengetahui akan lokan. Lokan merupakan salah satu makanan seafood yang sangat terkenal di kalangan penduduk Lawas. Lokan hampir sama seperti kerang tetapi tidak sama seperti lokan.
Saiz Lokan lebih besar daripada kerang malahan saiznya boleh mencecah 2 atau 3 kali ganda daripada saiz kerang. Lokan sering dimasak Lokan masak lemak, dan dicampur bersama sayur kampung seperti dengan sayung rebung atau umbut kelapa atau pisang.
Namun, Lokan Bakar merupakan yang paling sedap ! Pelbagai cara boleh dilakukan dengan Lokan Bakar antaranya adalah Lokan Bakar Thai dan Lokan Bakar Cheese.Berikut merupakan resepi untuk Lokan Bakar Thai dan Lokan Bakar Cheese
LOKAN BAKAR THAI
Bahan-bahan :
Lokan yang telah dicuci dan dikopek, bawang merah, bawang putih, bawang holand, cili padi, cili besar, limau kasturi, kicap seasoning
Cara-cara :
1. Semua bawang dicincang halus bersama cili padi dan cili besar.
2. Perah limau bersama bawang dan cili yang telah dicincang.
3. Campur dengan sesudu kicap seasoning atau mengikut citarasa anda.
4. Bakar di atas api / bara yang telah disediakan dahulu.
LOKAN BAKAR CHEESE
Bahan-bahan :
Lokan yang telah dicuci dan dikopek, Cheese parut mozarella atau cheese cheddar
Cara-cara :
1. Bakar seketika lokan di atas api atau bara (beberapa minit)
2. Kemudian baru taburkan cheese yang telah diparut.
3. Sesuai dibakar ketika hendak makan (makan panas dan cheese yang leleh meleleh)
Selamat mencuba dengan resepi yang dikongsi dan nikmati Lokan Bakar anda seisi keluarga. Selamat Mencuba !
Buah Kaber merupakan buah nenas (bahasa lunbawang) dan sangat dikenali di Lawas. Buah Kaber yang paling sedap dan manis adalah dari Kampung Puneng Trusan Long Semadoh. Kampung Puneng Trusan dari bandar Lawas mengambil masa perjalanan selama 3 jam .
Buah Nenas dari Long Semadoh sememangnya sangat manis dan pastinya orang Lawas mengakui kemanisan buah nenas dari sana. Cara penanaman yang lain daripada yang lain menyebabkan buah nenas ini unik daripada yang lain.
Penanamannya adalah di bahagian bukit dan menghadap matahari. Cara penenaman yang betul juga akan mempengaruhi kemanisan sesuatu buah nenas itu.
Pada 21 dan 22 Julai, Kampung Punang Trusan telah mengadakan Pesta Nenas atau lebih dikenali sebagai Irau Buah Kaber. Pelbagai jenis aktiviti dilakukan dan paling penting adalah nenas juga turut dipamer dan dijual .
Sudahkah anda merasa nenas dari Long Semadoh ?
Kolo Mee atau Mee Kolok merupakan sejenis makanan Sarawak yang paling terkenal. Sebut sahaja Kolo Mee di Lawas pasti peminatnya akan merekomenkan Kolo Mee yang sedap di Bandar Lawas.
Hampir kesemua kedai makan dan restoran di Bandar Lawas mempunyai menu Kolo Mee. Kolo mee merupakan makanan yang paling sedap untuk memulakan pagi anda .
Jangan lepaskan peluang anda untuk merasa Kolo Mee Lawas apabila berkunjung ke Bandar Lawas .
KOLO MEE :
Lokasi : Gerai No.20 , Pasar Besar Lawas .
Harga : RM4.00
Halaman 1 dari 2