Kemudahan awam yang terdapat di Kampung Banting dan kawasan sekitarnya seperi perumahan-perumahan yang berhampiran boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Semua penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti padang bola, Stadium Tertutup , Gelanggang sukan seperti tenis, bola tampar dan badminton, masjid, sekolah rendah, tadika, pusat asuhan dan perhentian bas turut terdapat di sekitar Kampung banting.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di sekitar Kampung banting, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, klinik kesihatan, taman awam dan keperluan harian seperti kedai atau pasaraya di Bandar Lawas dimana jarak Bandar Lawas dan Kampung Banting hanyalah 1-2 km sahaja.
STADIUM TERTUTUP LAWAS (Indoor Stadium)
PERPUSTAKAAN DESA
SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA MAJLIS ISLAM SARAWAK
PADANG , BALAPAN , GELANGGANG
TADIKA PASTI AL-BARAKAH
TOKONG