Nama |
Lianna Takung Pengiran |
Umur | 38 Tahun |
Keahlian | Jun/2018 |
Latar belakang
Puan Lianna berusia 38 tahun dan merupakan usahawan mencetak baju. Beliau mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, puan Lianna mengalami kesukaran untuk mempromosikan produk jualan beliau kerana kurang kenalan. Selain itu, beliau juga kurang berpengetahuan tentang cara-cara yang menarik dalam mempromosikan produk di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pusat Internet banyak membantu beliau dalam mencari design baru untuk cetakan baju beliau yang dapat menjana pendapat beliau mengikut peredaran waktu dan permintaan pelanggan.Puan Lianna dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih kerap dengan menggunakan kemudahan Pusat Internet (PI).Puan Lianna juga mengambil peluang sebagai ahli Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara memprosikan produk menggunakan medium yang sedia ada seperti Facebook dan Whatapps.
Nama |
Siti Norhayati Hussin |
Umur | 39 Tahun |
Keahlian | Oktober/2019 |
Latar belakang
Puan Siti Norhayati Hussin merupakan seorang surirumah dan mempunyai dua orang anak. Beliau mula menjahit sejak tahun 2000 antara produk jahitan yang dihasilkan adalah menjahit baju pelbagai fesyen, kraftangan sulaman benang, menjahit langsir atau sketing meja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum bekerjasama dengan Pusat Internet Komuniti, Puan Siti Norhayati hanya tertumpu kepada pelanggan terhad iaitu kenalan peribadi beliau sahaja.Selain itu, Puan Siti Norhayati juga menghadapi batasan dalam menghasilkan fesyen jahitan yang baru untuk produk yang dihasilkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pihak Pusat Internet Kampung Banting banyak membantu Puan Siti Norhayati dalam mempromosikan produk beliau melalui media massa yang ada seperti dalam whatapps dan Facebook Pusat Internet Komuniti (PIK).Sebagai ahli PIK, Puan Siti Norhayati mengambil peluang menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mempromosikan produk beliau dalam kalangan ahli PIK.Puan Siti Norhayati juga mengambil peluang ini untuk meminta dari petugas PIK untuk menyertai kelas usahawan online Shopee.
Nama | Rosely Lasong |
Umur | 55 Tahun |
Keahlian | Nov/2017 |
Latar belakang
Puan Rosely merupakan surirumah dan mempunyai enam orang anak. Beliau merupakan usahawan baru dalam perniagaan bunga hidup.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, puan Rosely mengalami kesukaran untuk mempromosikan perkhidmatan beliau kerana tiada jaringan internet/wifi. Selain itu, beliau juga kurang berpengetahuan tentang cara-cara yang menarik dalam mempromosikan produk di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Rosely dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih kerap dengan menggunakan kemudahan Pusat Internet.Puan Rosely juga mengambil peluang sebagai ahli Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara memprosikan produk menggunakan medium yang sedia ada seperti Facebook dan Whatapps.
Nama |
Dylan Yew Wan Feng |
Umur | 8 Tahun |
Keahlian | Mei/2019 |
Latar belakang
Dylan berusia 8 tahun merupakan pelajar darjah 2 di SJK Chung Hwa Lawas. Dylan mulai meminati IT semasa mula mengikuti kelas yang diadakan di PIK.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menjadi ahli PIK Kampung Banting, Dylan tiada berkemahiran dalam menggunakan komputer dan pengenalan berkaitan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Dylan sering mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kampung Banting. Antara kelas yang diikuti oleh Dylan sepanjang menjadi ahli adalah seperti :
- Microsoft Office Powerpoint.
- Microsoft Office Word.
- Kelas usahawan membuat tanglung dan bookmark.
- Pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Merdeka.
Dylan semakin mengenali komputer dan cara-cara menaip secara asas. Dylan turut mengikuti pertandingan mewarna yang PIK anjurkan.
Nama | Siti Norhayati Hussin |
Umur | 39 Tahun |
Keahlian | Oct/2019 |
Latar belakang
Puan Siti Norhayati Hussin merupakan seorang surirumah dan mempunyai dua orang anak. Beliau juga merupakan usahawan baru dalam menghasilkan produk kraftangan (Mengait).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum bekerjasama dengan Pusat Internet, Puan Siti Norhayati hanya tertumpu kepada pelanggan terhad iaitu kenalan peribadi beliau sahaja.Selain itu, Puan Siti Norhayati juga menghadapi batasan dalam menghasilkan reka bentuk produk yang baru untuk produk yang dihasilkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pihak Pusat Internet Kampung Banting banyak membantu Puan Siti Norhayati dalam mempromosikan produk beliau melalui media massa yang ada seperti dalam whatapps dan Facebook Pusat Internet(PI).Sebagai ahli PI Puan Siti Norhayati mengambil peluang menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mempromosikan produk beliau dalam kalangan ahli PI.Puan Siti Norhayati juga mengambil peluang ini untuk meminta dari petugas PI untuk menyertai kelas usahawan online Shopee.