BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MEREKA BENTUK POSTER

Nama : Emmylly Martin
Umur : 13 tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Emmylly Martin merupakan seorang pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Merapok (SMK MERAPOK) ,Lawas. 

Emmylly tidak mempunyai sebarang asas di dalam tahap pengetahuan dan penggunaan ICT.

Di atas kesedaran itu, Emmylly tekad untuk belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan sepanjang berada di PI untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar dari petugas PI Kampung Banting.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Sebelum mendapat bimbingan daripada petugas PI dan sebelum menghadiri kelas-kelas yang diadakan oleh PI, Emmylly tidak mempunyai pengetahuan mengenai dunia ict mahupun asas dalam komputer.

Atas kesedaran itu, Emmylly mengambil peluang ini untuk belajar dan mengumpul sebanyak mana pengetahuan untuk kepentingan diri sendiri dan masa depan dia sendiri.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet  Kampung Banting, Emmylly kini boleh menggunakan komputer secara sendiri dan boleh mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari sepanjang mempelajari kelas-kelas yang telah dilakukan di PI Kampung Banting.

Setelah beberapa kelas ICT yang telah diikuti oleh Emmylly, dia kini telah mendapat manfaat yang boleh membantu dia dalam penggunaan komputer atau IT. Antara kelas-kelas ICT yang diikuti oleh Emmylly adalah :

Kelas Asas Komputer 1.0 (Sekolah Menengah) 
Kelas Asas Komputer 2.0 (Microsoft Power Point / Poster)
Pembelajaran Interaktif