BELAJAR INTERNET, POSTER, ORIGAMI DAN PEMBELAJARAN INTERAKTIF .
Nama : | Hafeez Fairuz Bin Hamzani Zen |
Umur : | 11 tahun |
Keahlian : | Mei / 2017 |
Latar Belakang
Hafeez merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Agama Lawas (SK Agama). Hafeez merupakan anak ke3 daripada 5 orang adik beradik. Hafeez tidak mempunyai sebarang asas di dalam tahap pengetahuan dan penggunaan ICT. Di atas kesedaran itu, Hafeez tekad untuk belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan sepanjang berada di PI untuk mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar dari petugas PI Kampung Banting.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum mendapat bimbingan daripada petugas PI dan sebelum menghadiri kelas-kelas yang diadakan oleh PI, Hafeez tidak mempunnyai pengetahuan mengenai dunia ict mahupun asas dalam komputer.Malahan tujuan beliau datang ke PI adalah semata-mata untuk melihat youtube dan movie. Atas kesedaran itu, Hafeez mengambil peluang ini untuk belajar dan mengumpul sebanyak mana pengetahuan untuk kepentingan diri sendiri dan masa depan dia sendiri dengan menghadiri kelas yang dijalankan oleh petugas di PI Kg Banting.
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Setelah beberapa kelas ICT yang telah diikuti oleh Hafeez, dia kini telah mendapat manfaat yang boleh membantu dia dalam penggunaan komputer atau IT. Antara kelas-kelas ICT yang diikuti oleh Hafeez adalah Kelas Asas Komputer 2.0 (Microsoft Power Point / Poster), Pembelajaran Interaktif (TUTOR TV, LATIH TUBI), Pembelajaran mewarna online (SUMOPAINT) dan Pembelajaran youtube (ORIGAMI). Melalui kelas ICT yang dibimbing oleh Pusat Internet Kampung Banting,Hafeez kini tekah boleh menggunakan komputer secara sendiri dan boleh mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari sepanjang mempelajari kelas-kelas yang telah dilakukan di PI Kampung Banting.
(Hafeez mewarna menggunakan SUMOPAINT)