USAHAWAN POPCORN (bertih jagung)
Nama | Masmorni Binti Sapar |
Umur | 42 Tahun |
Keahlian | May/2017 |
Latar belakang
Puan Masmorni Binti Sapar mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet (PI) Kampung Banting pada 7 Mei 2018. Beliau merupakan usahawan dalam penjualan produk kesihatan dan kecantikan.Beliau menggunakan PI Kg Banting sebagai salah satu medium untuk mempromosikan produk beliau .
Antara produk yang dijual oleh Puan Masmorni adalah :
- 1. MMG Massage Oil
- 2. Sabun dan Serum Tomato Hajar
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat bersama PI , beliau sudah mendaftar diri sebagai ejen produk tersebut.Namun demikian, beliau mempunyai kekangan dalam capaian internet untuk mempromosikan dan mendapatkan maklumat cara-cara mempromosikan produk beliau.Selain itu, Puan Masmorni juga kurang mahir mengguna media masa untuk mempromosikan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kemudahan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau mendapat manfaat dan memudahkan kerja-kerja beliau. Peluang ini juga digunakan oleh beliau untuk mencari cara mempromosikan produk beliau lebih meluas.Beliau juga turut mengambil peluang dengan mengikuti program yang dilakukan oleh PI Kampung Banting khususnya program usahawan sebagai contoh beliau telah mengikuti pameran booth usahawan sempena Jom sihat bersama PI Kampung Banting yang di adakan pada bulan Februari yang lepas.Selain itu, Puan Masmorni turut bercadang meletakkan produk beliau di dalam MYSHOP iaitu aplikasi Dashboard Komuniti serta meletakkan produk beliau di ruang usahawan di PI Banting.