Nama Hazlinda Binti Nasir
Umur 24 Tahun
Keahlian Nov/2017

Latar belakang

Cik Hazlinda Binti Nasir  merupakan anak ke 4 dari 7 adik beradik. Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting pada November 2017.Beliau memulakan perniagaan  atas talian iaitu Dropship baju kanak-kanak dan dewasa . Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan tersebut, pada tahun ini beliau cuba produk lain seperti dropship menjual Coffee CEO dan menjual bunga hiasan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Cik Hazlinda mengalami kesukaran untuk mempromosikan produk beliau kerana tiada jaringan internet/wifi. Selain itu, beliau juga kurang berpengetahuan tentang cara-cara yang menarik dalam  mempromosikan produk menggunakan laman facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kemudahan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau membuat kemas kini laman facebook beliau untuk para pelanggan. Beliau menggunakan media massa seperti aplikasi Whatapps dan Facebook untuk mempromosikan produk beliau kepada para pelanggan.Cik Hazlinda juga mengambil peluang sebagai ahli Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara menghasilkan laman facebook beliau agar kelihatan lebih menarik. Seperti mengemas kini info laman dan masa yang sesuai untuk muat naik maklumat dalam laman Facebook beliau.