CELIK IT PI KAMPUNG BANTING 

Nama Nurul Syazwani Binti Harianto
Umur 9 Tahun
Keahlian Oktober/ 2019

Latar belakang

Nurul Syazwani berusia 9 tahun dan merupakan pelajar sekolah tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Pusat Lawas. merupakan anak bongsu dari 2 orang adik beradiknya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Nurul Syazwani tidak mengetahui cara menggunakan komputer. Nurul Syazwani juga tidak tahu cara meluangkan masa lapangnya dengan aktiviti berfaedah kerana dia dan keluarganya baru berhijrah ke Lawas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Nurul Syazwani sering mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Banting. Antara kelas yang diikuti oleh Nurul Syazwani sepanjang menjadi ahli adalah seperti :

  1. 1) Microsoft Office Powerpoint.
  2. 2) Microsoft Office Word.
  3. 3) Klik dengan bijak (Pertandingan menjawab kuiz)
  4. 4) Kelas matematik menggunakan Youtube.
  5. 5) Kelas Dashboard Komuniti.
  6. 6) Kelas Kemahiran Keusahawanan (Membuat origami rama-rama,DIY penanda buku).

Nurul Syazwani mula mengetahui cara menggunakan aplikasi untuk belajar secara online seperti matematik.com, tatabahasa.my, abcya dan Youtube . Nurul Syazwani juga mula mengetahui cara menggunakan aplikasi asas komputer seperti Microsoft Office Word dan Powerpoint serta sering bertanya kepada petugas jika tidak mengetahui untuk menggunakannya.