Nama |
Siti Norhayati Hussin |
Umur | 39 Tahun |
Keahlian | Oktober/2019 |
Latar belakang
Puan Siti Norhayati Hussin merupakan seorang surirumah dan mempunyai dua orang anak. Beliau mula menjahit sejak tahun 2000 antara produk jahitan yang dihasilkan adalah menjahit baju pelbagai fesyen, kraftangan sulaman benang, menjahit langsir atau sketing meja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum bekerjasama dengan Pusat Internet Komuniti, Puan Siti Norhayati hanya tertumpu kepada pelanggan terhad iaitu kenalan peribadi beliau sahaja.Selain itu, Puan Siti Norhayati juga menghadapi batasan dalam menghasilkan fesyen jahitan yang baru untuk produk yang dihasilkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Pihak Pusat Internet Kampung Banting banyak membantu Puan Siti Norhayati dalam mempromosikan produk beliau melalui media massa yang ada seperti dalam whatapps dan Facebook Pusat Internet Komuniti (PIK).Sebagai ahli PIK, Puan Siti Norhayati mengambil peluang menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mempromosikan produk beliau dalam kalangan ahli PIK.Puan Siti Norhayati juga mengambil peluang ini untuk meminta dari petugas PIK untuk menyertai kelas usahawan online Shopee.