Kembayau atau buah dabei merupakan buah yang hanya didapati di Sarawak sahaja . Untuk masyarakat sekitar Lawas, buah dabei lebih dikenali dengan panggilan buah kembayau.

Kembayau merupakan buah yang bermusim dan semestinya apabila musim kembayau ianya pasti peminat kembayau tidak akan melepaskan peluang ini kerana musim kembayau bukanlah pada setiap bulan .

Antara masakan yang paling sedap dimasak dengan menggunakan kembayau adalah menggunakan kicap, garam dan gula . Berikut disertakan bahan-bahan dan cara memasak dengan mudah dengan menggunakan kembayau.

Bahan-bahan :

1. Buah Kembayau

2. Gula

3.Garam

4. Kicap Manis dan Masin

Cara Memasak :

1. Masak air panas (Kembayau yang telah dicuci diletakkan di dalam periuk yang bertutup)

2. Tuang air panas ke dalam periuk (kembayau di dalam)

3. Biarkan sehingga 4-6minit (sehigga lembut sedikit)

4. Buangkan / asingkan air panas di dalam periuk 

5. Masukkan garam , gula, kicap manis dan masin secukup rasa .

6. Hidang dan makan !