Sebut sahaja Pantai Punang pasti orang akan mengetahui mengenai Pantai Punang .Pantai Punang berada 15km dari bandar Lawas dan mengambil masa selama 10 - 15 minit menggunakan motorsikal atau kereta .

Pantai Punang merupakan salah satu tempat pelancongan dan tumpuan orang ramai kerana kedudukannya yang begitu strategik iaitu menghadap laut dan semestinya tarikan yang baru iaitu Jeti Punang . Jeti Punang pada mulanya hanyanya menggunakan papan, namun atas permintaan orang ramai akhirnya ianya dibuat jeti yang lebih kukuh dan semestinya lebih menarik .

Suasana Pantai Punang akan lebih indah pada ketika senja . Maka tidak hairanlah kalau ramai orang yang menantikan waktu senja untuk mengambar gambar malahan dalam masa yang sama menikmati permandangan senja tersebut.

Pantai Punang sering menjadi pilihan untuk dijadikan tuan rumah untuk apa-apa karnival atau pertandingan. Misalnya kanival gerai jualan, Pertandingan memancing dan sebagainya.

PANTAI PUNANG LAWAS