Sebut sahaja Merarap Hot Spring pasti akan orang mengetahuinya. Merarap Hot Spring terletak 2 jam dari Bandar Lawas dan memerlukan menggunakan kereta 4x4. Terdapat beberapa kolam air panas dan juga disediakan tempat untuk beriadah seperti membakar (BBQ). Selain itu, hostel dan homestay juga turut disediakan di sini.
Yuran masuk untuk menggunakan kemudahan kolam panas dan BBQ hanyalah RM10.00 sahaja untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Harga adalah tidak termasuk dengan perkhidmatan makanan,minuman dan tempat tinggal .