Sungai 7 Beritem Tengua 2 Trusan Lawas adalah salah satu tempat perlancongan yang tidak patut anda lupakan. 50minit daripada Bandar Lawas dan tempat yang nyaman dan sejuk serta permandangan menghijau mewujudkan suasana yang indah dan tenang.
Jika anda menginginkan ketenangan, disinilah tempat yang anda patut datang bersama seisi keluar. Sungai 7 Beritem juga mempunyai pondok untuk pengunjung pakai untuk tempat makan dan rehat.Sewaan setiap pondok di sungai Beritem adalah sebanyak RM10 dan sewaan pondok juga boleh melalui pemilk tempat sebab pondok selalu penuh.
Buat penggemar jambatan gantung,di sungai Beritem juga ada jambatan gantung.Namun dinasihatkan supaya mengutamakan keselamtan kerana jambatan gantung agak tinggi.Selain itu,disungai Beritem juga terdapat ikan Salap yang menjadi tumpuan pengunjung ,namun pengunjung tidak dibenarkan untuk memancing atau mengkap ikan disana dan akan dikenakan hukuman sebanyak RM500 kalau terdapat bersalah .