Sebut sahaja Pantai Punang pasti orang akan mengetahui mengenai Pantai Punang .Pantai Punang berada 15km dari bandar Lawas dan mengambil masa selama 10 - 15 minit menggunakan motorsikal atau kereta .
Pantai Punang merupakan salah satu tempat pelancongan dan tumpuan orang ramai kerana kedudukannya yang begitu strategik iaitu menghadap laut dan semestinya tarikan yang baru iaitu Jeti Punang . Jeti Punang pada mulanya hanyanya menggunakan papan, namun atas permintaan orang ramai akhirnya ianya dibuat jeti yang lebih kukuh dan semestinya lebih menarik .
Suasana Pantai Punang akan lebih indah pada ketika senja . Maka tidak hairanlah kalau ramai orang yang menantikan waktu senja untuk mengambar gambar malahan dalam masa yang sama menikmati permandangan senja tersebut.
Pantai Punang sering menjadi pilihan untuk dijadikan tuan rumah untuk apa-apa karnival atau pertandingan. Misalnya kanival gerai jualan, Pertandingan memancing dan sebagainya.
Siapa kata Lawas tidak ada tempat yang menarik dan menenangkan ?
Sungai yang bersih dan kehijauan hutan menyamankan lagi suasana SUNGAI BUKIT SULING LAWAS ini .
Bunyi burung berkicauan, aliran sungai yang mengasyikkan, kesejukkan air yang semula jadi dan panorama yang sememangnya unik !
20km dari Bandar Lawas dan perjalanan yang berbukit bukau menambahkan pengalaman buat pengunjung yang inginkan ketenangan dan sesuatu yang lain daripada lain .
Anda dinasihatkan untuk menggunakan kereta 4x4 kerana perjalanan yang berbukit bukau dan tidak sesuai kepada kereta biasa.
Location :
Jalan Trusan , Bukit Suling .
(Dari bandar : simpang kiri after Kampung Lumut )
Nama tempat : | Sungai Bukit Suling |
Lokasi : | Bukit Suling |
Tarikan : | Permandangan yang hijau dan suasana yang mendamaikan serta menenangkan |
Bayaran tiket masuk : | Tiada |
Sub-kategori
Halaman 2 dari 2