Sungai 7 Beritem Tengua 2 Trusan Lawas adalah salah satu tempat perlancongan yang tidak patut anda lupakan. 50minit daripada Bandar Lawas dan tempat yang nyaman dan sejuk serta permandangan menghijau mewujudkan suasana yang indah dan tenang.

Jika anda menginginkan ketenangan, disinilah tempat yang anda patut datang bersama seisi keluar. Sungai 7 Beritem juga mempunyai pondok untuk pengunjung pakai untuk tempat makan dan rehat.Sewaan setiap pondok di sungai Beritem adalah sebanyak RM10 dan sewaan pondok juga boleh melalui pemilk tempat sebab pondok selalu penuh.

Buat penggemar jambatan gantung,di sungai Beritem juga ada jambatan gantung.Namun dinasihatkan supaya mengutamakan keselamtan kerana jambatan gantung agak tinggi.Selain itu,disungai Beritem juga terdapat ikan Salap yang menjadi tumpuan pengunjung ,namun pengunjung tidak dibenarkan untuk memancing atau mengkap ikan disana dan akan dikenakan hukuman sebanyak RM500 kalau terdapat bersalah .

 

   
   

Sebut sahaja Merarap Hot Spring pasti akan orang mengetahuinya. Merarap Hot Spring terletak 2 jam dari Bandar Lawas dan memerlukan menggunakan kereta 4x4. Terdapat beberapa kolam air panas dan juga disediakan tempat untuk beriadah seperti membakar (BBQ). Selain itu, hostel dan homestay juga turut disediakan di sini.

Yuran masuk untuk menggunakan kemudahan kolam panas dan BBQ hanyalah RM10.00 sahaja untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak. Harga adalah tidak termasuk dengan perkhidmatan makanan,minuman dan tempat tinggal .

Tasik Buatan Indoor Stadium merupakan salah satu tempat rekreasi seisi keluarga. Tasik ini baru sahaja siap pada tahun 2018 dan telah dibuka kepada orang ramai.

Lokasi tasik buatan ini betul-betul berhampiran dengan Stadium Tertutup Lawas dan Padang Bola Stadium Lawas . Selain untuk ruang berjalan atau joging, Tasik Buatan ini juga turut disediakan kerusi untuk berehat dan lepak bersama seisi keluarga .

tasikstadium

tasikbuatan1

Gambar disini

Video disini

Pelbagai sayur-sayuran segar dan buah-buahan boleh didapati di Tamu Kecil Lawas. Antara sayur-sayuran segar yang boleh didapati di Tamu Kecil Lawas adalah sayur limiding, paku pakis, buah binjai dan lain-lain.

Sekarang musim kembayau. Siapa peminat kembayau disini ?

Untuk yang bertanyakan bila Tamu Besar Lawas ? Tamu Besar Lawas diadakan 2 minggu sekali (Jumaat dan Sabtu).

Dah pernah pergi Tamu Lawas ? Jom melawat ke tamu Lawas setiap hari Sabtu.

5ca4ba27 d41d 47c4 bd6c cb938f7bd167

*Gambar disini

Air Terjun Lempaki Merapok merupakan salah satu tempat perlancongan yang tidak patut anda lupakan. 30minit daripada Bandar Lawas dan 10minit dari Pekan Merapok . Air yang nyaman dan sejuk serta permandangan menghijau mewujudkan suasana yang indah dan tenang.

Jika anda menginginkan ketenangan, disinilah tempat yang anda patut datang bersama seisi keluarga . Mengambil masa lebih kurang 10minit berjalan kaki daripada tepi jalan (jungle trekking) . Air Terjun Lempaki mempunyai batu besar yang agak banyak disepanjang air terjun. 

Buat penggemar air terjun boleh daki sedikit di atas air terjun kerana terdapat beberapa puncak . Namun dinasihatkan supaya mengutaman keselamtan kerana terdapat batu yang agak licin .

Sub-kategori