Tarikh 28.11.2017
Hari Selasa
Masa 9.30pagi - 10.30pagi
Peserta 36

 

Tujuan : 

Untuk mengeratkan hubungan sesama pelajar.Selain itu, peserta dapat berkenalan dan bekerjasama.

 

Aktiviti: 

Sukaneka ini  melibatkan 2 kategori iaitu Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Tadika.Antara sukaneka ialah tiup belon sampai pecah , kutip gula-gula dan membawa bola ping pong di sudu

gambar disini

Tarikh : 08.12.2017
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Peserta : 6 orang peserta

Tujuan :

Mempromosikan dashboard komuniti kepada peserta dan memberikan kesedaran mengenai kepentingan melakukan pemeriksaan (tekanan darah) supaya kesihatan dapat dijaga dan melakukan pemantauan awal .

Aktiviti :

Pemeriksaan kesihatan menggunakan IHEALTH dan memperkenalkan kepada peserta untuk mencuba "log in" menggunakan aplikasi di dalam tab / telefon .

DSC00540

gambar di sini

Tarikh : 08.12.2017
Hari : Jumaat
Masa :  1.30 - 5.00 petang
Peserta : 7 orang peserta

Tujuan :

Memberikan idea kreatif dan cadangan kepada peserta untuk mengisi masa lapang dan idea untuk menjana pendapatan sampingan . Ini secara tidak langsung dapat melahirkan usahawan celik dan diberikan pendedahan yang awal kepada mereka.

Aktiviti :

Membuat brooch menggunakan felt menggunakan youtube dan tunjuk ajar daripada petugas . Memberikan cadangan kepada peserta untuk membuat bentuk brooch yang diingini. Selain itu, petugas memberikan sedikit asas keusahawan kepada peserta seperti mempromosikan brooch felt di dalam myshop dan media sosial seperti facebook dan instagram .

DSC01156

gambar di sini

Tarikh 28.11.2017
Hari Selasa
Masa 9.40 Pagi - 11Pagi
Peserta 14

 

Tujuan :

Mengaplikasikan ICT dalam kalangan peserta sekolah menengah dan mengaitkan dengan Advokasi dan Dashboard Komuniti.Tresure Hunt ICT juga sambil bersukan dan meningkatkan ilmu pengetahuan. 

 

Aktiviti: 

Treasure Hunt ICT adalah satu permainan khusus untuk pelajar sekolah menengah sahaja.Terdapat 5 checkpoint yang diperlukan untuk peserta siapkan.Kesemua checkpoint melibatkan penggunaan pembelajaran melalui youtube, advokasi, dashboard komuniti, interpersonal dan fokus.Bagi interpersonal, peserta dikehendaki mengambil swafoto bersama usahawan dan agensi. Ini adalah untuk memupuk sifat berani di dalam berjumpa dengan orang ramai. Kumpulan yang siap terlebih dahulu dikira sebagai pemenang.

 

gambar disini

 

Tarikh : 28.11.2017
Masa : 8.00 - 9.30 pagi
Tema : Buli Siber
Kategori : OKU, Tadika dan Sekolah Rendah

Tujuan :

Mengasah bakat setiap peserta disamping menjalankan kempen "KATAKAN TIDAK KEPADA BULI SIBER". Poster yang digunakan adalah bertemakan advokasi Buli Siber .

Aktiviti :

Peserta mewarnakan poster bertemakan advokasi Buli Siber mengikut masa yang ditetapkan. Setiap kategori peserta diasingkan bagi keselesaan peserta. Sebanyak 3 kategori dilakukan iaitu OKU, Tadika dan Sekolah Rendah.

DSC00957

gambar di sini