Tarikh : | 21.09.2017 |
Masa : | 2.00 - 5.00 petang |
Lokasi : | PI1M Kampung Banting |
Jumlah : | 10 orang |
Tujuan :
Memberi kesedaran kepada pelajar atau peserta mengenai Buli Siber yang semakin hari semakin membimbangkan. Peserta dapat berhati-hati apabila menggunakan internet yang tanpa sempadan.
Aktiviti :
Penerangan mengenai Buli Siber , Kuiz menggunakan aplikasi KAHOOT mengenai Buli Siber dan mencari perkataan tersembunyi.
Tarikh : | 16 September 2017 |
Masa : | 08.00 - 5.00 petang |
Hari : | Sabtu |
Tempat : | Dewan Patarikan , Merapok |
Tujuan :
Mempromosikan pusat internet kepada orang ramai atau komuniti dengan membuka booth . Meningkatkan ahli pengguna pusat internet dan memberitahu kepada komuniti perkhidmatan yang disediakan di pusat internet . Di samping itu juga , dapat merapatkan jurang antara petugas dengan komuniti sekitar.
Aktiviti :
Membuka booth , mempromosikan kepada komuniti dan membuka pendaftaran ahli.
Tarikh : | 17.09.2017 (AHAD) |
Masa : | 10.00 - 12.00 tengah hari |
Lokasi : | Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Banting |
Peserta : | 7 orang |
Tujuan :
Kelas ini merupakan salah satu penambahbaikan dari pembelajaran yang lama. Ini adalah kerana pembelajaran mewarna ini hanya menggunakan komputer dan tidak memerlukan sebarang penggunaan pensel warna. Selai itu, kelas ini juga adalah bertujuan untuk mengcungkil bakat-bakat setiap peserta untuk menjadi lebih kreatif . Pembelajaran mewarna digital ini juga adalah persediaan untuk menghadapi pertandingan mewarna digital sempena Hari Malaysia pada sebelah petangnya.
Aktiviti :
Pelajar atau peserta didedahkan mewarna digital dengan menggunakan aplikasi SUMOPAINT . Pelajaatau peserta diberi kebebasan untuk memeilih gambar kesukaan mereka dan mewarna mengikut kreativiti masing-masing. Peserta juga memilih pelbagai jenis gambar untuk memberikan latihan kepada diri sendiri.
Tarikh : | 17.09.2017 (AHAD) |
Masa : | 2.30 - 4.30 petang |
Lokasi : | Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Banting |
Peserta : | 10 orang |
Tujuan :
Memeriahkan sambutan Hari Malaysia dengan cara yang lain daripada yang lain. Poster seringkali digunakan oleh mana-mana pertandingan dan diwarnakan dengan pensel warna. Oleh yang demikian, kami Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Banting ingin melakukan kelainan dengan menggunakan komputer untuk mewarna secara digital. Pelajar akan lebih kreatif dan lebih terhibur .
Aktiviti :
Pserta diberikan masa selama 2 jam untuk menyiapkan poster yang hendak diwarnakan. Petugas memberikan 2 pilihan poster dan peserta boleh memilih poster yang manakah yang menjadi pilihan .
Tarikh : | 15.09.2017 (JUMAAT) |
Masa : | 2.00 - 5.00 petang |
Lokasi : | Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Banting |
Peserta : | 7 orang |
Tujuan :
Pertandingan Kuiz Hari Malaysia telah disertai seramai 7 orang pelajar sekolah. Tujuan pertandingan Kuiz Hari Merdeka ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap semangat patriotik dalam kalangan pelajar supaya sayangkan negara . Selain itu , pelajar atau peserta juga dapa menambahkan ilmu pengetahuan mengenai negara dan secara tidak langsung ianya mewujudkan suasana pembelajaran yang spontan.
Aktiviti :
Pertandingan Kuiz Hari Malaysia dijalankan menggunakan aplikasi KAHOOT . Sebanyak 2 pusingan dijalankan dan pemenang ditentukan melalui gabungan markah pusingan 1 dan pusingan 2 . Soalan adalah mengenai atlit kebangsaan Malaysia dan pada pusingan 2 adalah soalan mengenai sejarah merdeka dan Malaysia .