Gotong Royong Sempena Hari Merdeka
Tarikh 25 Ogos 2017
Masa 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Banting Lawas
Peserta 13 orang

 

 

Tujuan

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk menyemai semangat patrotik kepada para pelajar yang menyertai gotong royong sempena hari merdeka

 

Majlis Perasmian Penutupan MINGGU KERJAYA KENYALANG PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2017

Oleh

Y.B DATUK AMAR HAJI WANG TENGAH BIN ALI HASAN

(Kementerian Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Pelaburan serta Kementerian Perancangan Sumber & Alam Sekitar2)

Pada 23.Ogos.2017 / Rabu tempoh hari Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Banting juga turut tidak ketinggalan untuk membuka booth sewaktu Majlis Penutupan Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak 2017. Pembukaan booth ini adalah bertujuan untuk mempromosi Pusat Internet 1 Malaysia itu sendiri kepada komuniti setempat dan dalam masa yang sama turut memperkenalkan Dashboard Komuniti kepada komuniti.

Pemeran booth ini juga melibatkan gabungan daripada Pusat Internet 1 Malaysia Sundar dan Pusat Internet 1 Malaysia Merapok. Pameran ini dilangsungkan selama 1 hari sahaja bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

 

840a1652 3377 4414 b319 e8fdeadc203a

 

 

 

PEMBELAJARAN INTERAKTIF DAN KDB(CHECK YOUR LABEL)

 Kelas Pembelajaran Interaktif dan Klik Dengan Bijak telah dijalankan pada 05.08.2017 / Sabtu . Seramai 9 orang pelajar telah mengikuti kelas ini.Kelas Klik Dengan Bijak memfokuskan kepada topik Semak Lebel Anda(Check Your Label). Diharap kelas ini memberikan kesedaran kepada pelajar agar para pelajar dapat semak lebel pada sesuatu barang dahulu sebelum membeli barang tersebut.Kelas Pembelajaran Interaktif pula memfokus kepada menggunakan tutor tv dan latih tubi untuk mengulang kaji pelajaran .Kelas ini bermula pada 8.30 pagi sehingga 1.30 petang. 

gambar disini

KDB MAKLUMAT PALSU

 

Tarikh : 18 Ogos 2017

Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi : Pusat Internet  Kampung Banting

Peserta : 9 Orang

 

Tujuan

- Kelas ini dihadirkan oleh 9 orang pelajar. Tujuan kelas klik dengan bijak ini diadakan adalah untuk memfokuskan kepada topik Maklumat Palsu.

 

Aktiviti

- Para pelajar diajar mengenai maksud maklumat tidak tepat,palsu dan tanpa pengesahan. Selain itu,pelajar juga dapat tahu jenis-jenis maklumat tidak tepat dan apakah kemudaratan yang akan berlaku jika maklumat palsu disebarkan. Oleh demikian, para pelajar diajar untuk ke laman web www.sebenarnya.my untuk megenalpasti samaada maklumat tersebut benar atau palsu.

KLIK DENGAN BIJAK MAKLUMAT PALSU

 

 

Kelas Klik Dengan Bijak telah dijalankan pada 21.07.2017 / Jumaat . Seramai 7 orang pelajar telah mengikuti kelas ini.Kelas Klik Dengan Bijak memfokuskan kepada topik berkenaan dengan maklumat palsu. Diharap kelas ini memberikan faedah kepada pelajar agar para pelajar dapat membezakan maklumat betul dan tidak betul.Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu bermula pada 3.00 petang sehingga 5.00 petang.