USAHAWAN POPCORN (bertih jagung)
Nama | Sadiah Binti Adam |
Umur | 47 Tahun |
Keahlian | Nov/2017 |
Latar belakang
Puan Sadiah Binti Adam mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kampung Banting pada November 2017. Beliau sudah lama bergiat dalam bidang perniagaan. Produk baru yang dihasilkan oleh beliau adalah penjualan popcorn (bertih jagung) dan ais goyang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat di dalam PI , beliau sememangnya sudah aktif dalam perniagaan ini dimana beliau telah lama membuka gerai menjual makanan dan minuman.Namun demikian, beliau mempunyai kekangan dalam capaian internet untuk mempromosikan dan mendapatkan maklumat mengenai produk yang dihasilkan.Selain itu,Puan Sadiah juga turut tidak mahir di dalam penggunaan Microsoft office word (membuat label makanan) dan tanda harga .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui penglibatan Pusat Internet Kampung Banting Puan Sadiah dapat mencari idea dalam untuk mengembangkan perniagaannya dengan mencari produk baru yang sesuai untuk dipasarkan. Selain itu, beliau turut mempelajari cara-cara membeli bekalan yang di perlukan untuk perniagaan beliau dengan harga yang lebih berpatutan bagi mengurangkan kos perbelanjaan.Beliau juga turut mengambil peluang mengikuti setiap program yang dijalankan oleh PI Kampung Banting khususnya program usahawan seperti Puan Sadiah telah mengikuti pameran booth usahawan sempena Hari Bersama Komuniti PI Kampung Banting yang ke-2 dan juga Program Jom Sihat bulan Februari yang lalu.Selain itu, Puan Sadiah turut bercadang meletakkan produk beliau di dalam MYSHOP iaitu aplikasi Dashboard Komuniti serta mempamerkan produk di ruangan usahawan Pusat Internet Banting.
USAHAWAN BOUQUET BUNGA DAN COKLAT
Nama | Janeal Munga Singa |
Umur | 30 Tahun |
Keahlian | Mac/2018 |
Latar belakang
Puan Janeal merupakan seorang ibu kepada seorang anak. Berusia 30 tahun dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting pada Mac 2018. Beliau merupakan seorang usahawanan dalam produk Bouquet Flower with Chocolates.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Puan Janeal tidak menfokuskan perniagaannya kerana tiada tempat atau ruang untuk digunakan di Lawas. Selain tiu, Puan Janeal juga hanya berniaga secara biasa-biasa sahaja (kekangan tempat dan masa).
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Puan Janeal menggunakan Pusat Internet Kampung sebagai medium untuk berniaga. Beliau meletakkan produk beliau di ruang usahawan yang telah disediakan oleh petugas Pusat Internet Kampung Banting. Selain itu, beliau juga turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mempromosikan dan menjual produk beliau kepada komuniti setempat. Hasil pendapatan beliau akan tinggi bila tibanya musim seperti perayaan Hari Ibu, Hari bapa atau konvokesyen tadika.
USAHAWAN KRAFTANGAN KAUM LUNBAWANG
Nama | Rikan Kelas |
Umur | 53 Tahun |
Keahlian | Januari 2018 |
Latar belakang
Puan Rikan mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kampung Banting pada Januari 2018. Beliau merupakan usahawan dalam pembuatan kraftangan tradisional kaum Lunbawang seperti rantai,gelang dan perhiasan peribadi kaum Lunbawang. Beliau menggunakan Pusat Internet Kampung Banting sebagai salah satu medium dalam mempromosikan pembuatan kraftangan beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat di dalam Pusat Internet , beliau sememangnya sudah aktif dalam perniagaan ini dimana pelbagai program atau karnival yang telah beliau ikuti di sekitar bandar Lawas. Namun demikian, beliau mempunyai kekangan dalam capaian internet untuk mempromosikan dan mendapatkan maklumat mengenai produk yang dihasilkan. Malahan promosi beliau juga hanyalah terhad kepada rakan-rakan beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Rikan berjaya untuk memperkenalkan produk-produk beliau kepada ahli komuniti Pusat Internet Kampung Banting yang lin. Ini adalah kerana adanya medium untuk mempromosikan produk beliau iaitu dengan penggunaan whatpp group yang telah ditubuhkan oleh petugas Pusat Internet sendiri.Untuk masa kini, Puan Rikan di dalam proses untuk meletakkan produk beliau di dalam Pusat Internet .
USAHAWAN KRAFTANGAN FELT
Nama | Ruby Hartini Binti Awang Idiris |
Umur | 37 tahun |
Keahlian | Februari 2018 |
Latar belakang
Puan Ruby Hartini Binti Awang Idiris mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kampung Banting pada Februari 2018. Beliau merupakan usahawan dalam talian iaitu kraftangan .Beliau menjalan perniagaan menggunakan secara online sahaja dimana menggunakan media sosial iaitu facebook .Antara produk yang dihasilkan oleh Puan Ruby adalah kraftangan berasaskan kain craft dan produk beliau adalah seperti kechain, baju tisu,bantal dan patung homemade.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Ruby hanya menggunakan media sosial untuk memasarkan produk kraftangan beliau iaitu facebook
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui penggunaan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau mendapat manfaat dan memudahkan kerja-kerja beliau. Peluang ini juga digunakan oleh beliau untuk mencari idea kraftangan yang lebih menarik dan mengikut peredaran masa.Beliau juga turut mengambil peluang sebagai ahli Pusat Internet Kampung Bantinng dengan meletakkan produk beliau di ruang usahawan Pusat Internet. Peluang ini diambil sebaik mungkin oleh Puan Ruby.Jualan Puan Ruby akan menampakkan perbezaan yang tinggi jika dibandingkan dengan hari lain apabila tibanya perayaan atau sesuatu majlis seperti hari guru dan hari ibu.
Nama | Nur nadiah |
Umur | 18 Tahun |
Keahlian | November 2017 |
Latar belakang
Nur Nadiah atau lebih dikenali sebagai Yaya merupakan seorang pelajar lepasan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas. Merupakan anak ketiga daripada 4 orang adik beradik . Yaya merupakan pelajar lepasan SPM 2017 .Yaya juga merupakan salah seorang pelajar kepada petugas Pusat Internet Kampung Banting iaitu Mohamad Nabilfadli Bin Kamarulzaman (pelajar tusyen) .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum mendapat bimbingan daripada petugas PI dan sebelum menghadiri kelas-kelas yang diadakan oleh Pusat Internet khususnya kelas tusyen Sejarah yang dihadiri ,Yaya sering mendapat markah yang agak rendah dalam mata pelajaran Sejarah .Oleh sebab itu, Yaya mengikuti kelas tusyen Sejarah yang dilakukan oleh petugas iaitu Nabil yang diadakan di bilik training Pusat Internet Kampung Banting sendiri.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Yaya mengambil peluang ini untuk belajar dan mengumpul sebanyak mana pengetahuan untuk mempelajari subjek SPM Sejarah. Selain itu, beliau juga turut menjadi ahli sukarelawan Pusat internet Kampung Banting yang aktif dalam mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat internet Kampung Banting.Pada bulan Mac, Yaya telah mendapat keputusan SPM 2017 dan keputusan yang diperolehi oleh Yaya sangat memberangsangkan khususnya matapelajaran Sejarah kerana beliau telah mendapat gred B+. Namun demikian, bukan berhenti setakat itu sahaja. Yaya turut aktif selepas itu seperti memohon UPU, pemohonan SPA dan paling terbaru adalah mengikuti bersama petugas pergi ke Roadshow Education and Career .