Nama

Lianna Takung Pengiran

Umur 38 Tahun
Keahlian Jun/2018

 Latar belakang

Puan Lianna berusia 38 tahun dan merupakan usahawan mencetak baju. Beliau mempunyai seorang anak perempuan berusia 10  tahun.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, puan Lianna mengalami kesukaran untuk mempromosikan produk jualan beliau kerana kurang kenalan. Selain itu, beliau juga kurang berpengetahuan tentang cara-cara yang menarik dalam  mempromosikan produk di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pusat Internet banyak membantu beliau dalam mencari design baru untuk cetakan baju beliau yang dapat menjana pendapat beliau mengikut peredaran waktu dan permintaan pelanggan.Puan Lianna dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih kerap dengan menggunakan kemudahan Pusat Internet (PI).Puan Lianna juga mengambil peluang sebagai ahli Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara memprosikan produk menggunakan medium yang sedia ada seperti Facebook dan Whatapps.

 

 

Nama

Siti Norhayati Hussin

Umur 39 Tahun
Keahlian Oktober/2019

 Latar belakang

Puan Siti Norhayati Hussin merupakan seorang surirumah dan mempunyai dua orang anak. Beliau mula menjahit sejak tahun 2000 antara produk jahitan yang dihasilkan adalah menjahit baju pelbagai fesyen, kraftangan sulaman benang, menjahit langsir atau sketing meja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum bekerjasama dengan Pusat Internet Komuniti, Puan Siti Norhayati hanya tertumpu kepada pelanggan terhad iaitu kenalan peribadi beliau sahaja.Selain itu, Puan Siti Norhayati juga menghadapi batasan dalam menghasilkan fesyen jahitan yang baru untuk produk yang dihasilkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pihak Pusat Internet Kampung Banting banyak membantu Puan Siti Norhayati dalam mempromosikan produk beliau melalui media massa yang ada seperti dalam whatapps dan Facebook Pusat Internet Komuniti (PIK).Sebagai ahli PIK, Puan Siti Norhayati mengambil peluang menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mempromosikan produk beliau dalam kalangan ahli PIK.Puan Siti Norhayati juga mengambil peluang ini untuk meminta dari petugas PIK untuk menyertai kelas usahawan online Shopee.

 

Nama Rosely Lasong 
Umur 55 Tahun
Keahlian Nov/2017

Latar belakang

Puan Rosely merupakan surirumah dan mempunyai enam orang anak. Beliau merupakan usahawan baru dalam perniagaan bunga hidup.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, puan Rosely mengalami kesukaran untuk mempromosikan perkhidmatan beliau kerana tiada jaringan internet/wifi. Selain itu, beliau juga kurang berpengetahuan tentang cara-cara yang menarik dalam  mempromosikan produk di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Rosely dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih kerap dengan menggunakan kemudahan Pusat Internet.Puan Rosely juga mengambil peluang sebagai ahli Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara memprosikan produk menggunakan medium yang sedia ada seperti Facebook dan Whatapps.

Nama

Dylan Yew Wan Feng

Umur 8 Tahun
Keahlian Mei/2019

 Latar belakang

Dylan  berusia  8 tahun merupakan pelajar darjah 2 di SJK Chung Hwa Lawas. Dylan mulai meminati IT semasa mula mengikuti kelas yang diadakan di PIK.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menjadi ahli PIK Kampung Banting, Dylan tiada berkemahiran dalam menggunakan komputer dan pengenalan berkaitan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dylan sering mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Kampung Banting. Antara kelas yang diikuti oleh Dylan sepanjang menjadi ahli adalah seperti :

  1. Microsoft Office Powerpoint.
  2. Microsoft Office Word.
  1. Kelas usahawan membuat tanglung dan bookmark.
  2. Pertandingan mewarna sempena sambutan Hari Merdeka.

 

Dylan semakin mengenali komputer dan cara-cara menaip secara asas. Dylan turut mengikuti pertandingan mewarna yang PIK anjurkan.

 

Nama Siti Norhayati Hussin
Umur 39 Tahun
Keahlian Oct/2019

Latar belakang

Puan Siti Norhayati Hussin merupakan seorang surirumah dan mempunyai dua orang anak. Beliau juga merupakan usahawan baru dalam menghasilkan produk kraftangan (Mengait).

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum bekerjasama dengan Pusat Internet, Puan Siti Norhayati hanya tertumpu kepada pelanggan terhad iaitu kenalan peribadi beliau sahaja.Selain itu, Puan Siti Norhayati juga menghadapi batasan dalam menghasilkan reka bentuk produk yang baru untuk produk yang dihasilkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pihak Pusat Internet Kampung Banting banyak membantu Puan Siti Norhayati dalam mempromosikan produk beliau melalui media massa yang ada seperti dalam whatapps dan Facebook Pusat Internet(PI).Sebagai ahli PI Puan Siti Norhayati mengambil peluang menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mempromosikan produk beliau dalam kalangan ahli PI.Puan Siti Norhayati juga mengambil peluang ini untuk meminta dari petugas PI untuk menyertai kelas usahawan online Shopee.