USAHAWAN TUKANG PELEPET, KARIT DAN EPUT
Nama : | Tadam Mutang |
Umur : | 58 tahun |
Keahlian : | Nov / 2017 |
Latar belakang
Encik Tadam mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kampung Banting pada Ogos 2017. Beliau merupakan usahawan dalam pembuatan parang ataupun dikenali sebagai tukang pelepet,karit dan eput . Beliau menggunakan PI Kg Banting sebagai salah satu medium dalam mempromosikan pembuatan parang beliau .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat di dalam PI beliau sememangnya sudah aktif dalam perniagaan ini dimana pelbagai program atau karnival yang telah beliau ikuti di sekitar bandar Lawas. Namun demikian, beliau mempunyai kekangan dalam capaian internet untuk mempromosikan dan mendapatkan maklumat mengenai produk yang dihasilkan.
Malahan beliau juga turut tidak mahir dalam pembuatan flyers ataupun kadnama bagi mempromosikan produk beliau kepada orang ramai. Beliau juga turut tidak mempunyai sebarang email dan ini amat menyukarkan beliau dan kepada orang ramai .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui penggunaan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau mendapat manfaat dan memudahkan kerja-kerja promosi dilakukan oleh beliau dan beliau juga mudah untuk penambahbaikan produk beliau (research and development).
Beliau juga turut mengambil peluang dengan mengikuti program yang dilakukan oleh PI Kampung Banting khususnya program usahawan seperti Encik tadam telah mengikuti pameran booth usahawan sempena Hari Bersama Komuniti PI Kampung Banting.
Selain itu, Encik Tadam turut bercadang meletakkan produk beliau di dalam MYSHOP iaitu aplikasi Dashboard Komuniti . Paling utama adalah Encik Tadam berjaya membuat email untuk diri sendiri .
YOUTUBE, TUTORIAL MAKE UP DAN LAIN-LAIN.
Nama : | Khairunnisa Nabiliah Binti Kamarulzaman |
Umur : | 19 tahun |
Keahlian : | Ogos / 2017 |
Latar Belakang
Khairunnisa Nabilah merupakan seorang pelajar sekolah menengah Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Lawas. Merupakan anak bongsu daripada 4 orang adik beradik .Khairunnisa hanya mempunyai pengetahuan asas mengenai komputer serta merupakan seorang penggemar youtube.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mendapat bimbingan daripada petugas PI dan sebelum menghadiri kelas-kelas yang diadakan oleh PI, Khairunniasa hanya mempunyai pengetahuan mengenai dunia ict yang asas dalam komputer.Malahan tujuan beliau datang ke PI adalah semata-mata untuk melihat youtube lebih-lebih lagi video mengenai kecantikan
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Khairunnisa mengambil peluang ini untuk belajar dan mengumpul sebanyak mana pengetahuan untuk mempelajaari mengenai ilmu kecantikan (makeup). Selain itu, beliau juga turut mencari kelas kecantikan yang berdekatan untuk menghadiri kelas dengan dibantu oleh petugas.
Selain itu, Khairunnisa juga turut menghadiri bengkel kecantikan yang dilakukan oleh pihak Mary Kay untuk menambahkan lagi pengetahuan dan peluang dalam penglibatan PI. Tidak turut ketinggalan didedahkan mengenai ilmu asas keusahawanan.
Pada penghujung bulan September, Khairunnisa berjaya memulakan kelas kecantikan yang dikendalikan oleh usahawan tempatan . Walaupun telah mengikuti kelas kecantikan, namun Khairunnisa masih meneruskan pelajaran mempelajari kecantikan melalui youtube bagi meningkatkan lagi skill dan pengetahuan.
(ehsan gambar dari C'Clia Saloon)
USAHAWAN AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE LAWAS
Nama : | Julaihee Bin Matusin |
Umur : | 44 tahun |
Keahlian : | Mei / 2017 |
Latar Belakang
Encik Julaihee merupakan seorang pemilik kepada Pusat Al-Baghdadi bagi Cawangan Lawas. Beliau telah mengendalikan Pusat Al-Baghdadi ini hampir 1 tahun. Pada permulaan, Pusat Al-Baghdadi hanya memfokuskan kepada pelajar sekolah rendah sahaja, namun demikian, kini beliau telah berjaya membuka kepada pelajar yang lebih dewasa seperti orang dewasa dan golongan tua. Pusat Al-Baghdadi Cawangan Lawas ini betul-betul berada di hadapan pintu Pusat Internet Kampung Banting.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Pusat Al-Baghdadi Cawangan Lawas hanya memfokuskan kepada para pelajar sahaja iaitu pelajar tadika dan sekolah rendah. Promosi yang dilakukan juga agak kurang kerana kekangan pemggunaan internet dan tidak mahir dalam pembuatan atau pembinaan flyers atau brosur. Pengiklanan yang dilakukan juga turut kurang dilakukan kerana harga printing dan fotostat yang agak mahal di luar (kedai printing luar).
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Promosi yang dijalan lebih aktif dan mudah. Encik Julaihee menggunakan PI Kg Banting sebagai salah satu medium mempromosikan Pusat Al-Baghdadi. Beliau meletakkan contoh produk al Baghdadi di PI Kampung Banting. Selain itu, beliau juga turut berkaloborasi bersama PI Kg Banting untuk saling mempromosikan satu sama lain. Kini, Pusat Al Baghdadi turut mempunnyai kelas untuk orang dewasa.
Dengan penglibatan yang aktif bersama PI Kg Banting, beliau turut terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PI Kg Banting seperti mengikuti pameran booth usahawan sempena Hari Bersama Komuniti. Beliau turut meminta bantuan petugas untuk mereka bentuk flyers untuk diedarkan kepada orang ramai.
USAHAWAN JAGUNG KUKUS DAN ROTI
NAMA : | SADIAH BINTI ADAM |
UMUR : | 46 TAHUN |
KEAHLIAN : | NOV / 2017 |
Latar belakang
Puan Sadiah Binti Adam mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kampung Banting pada November 2017. Beliau merupakan usahawan dalam penjualan jagung kukus dan juga roti . Beliau menggunakan PI Kg Banting sebagai salah satu medium dalam mempromosikan penjualan jagung kukus dan roti beliau . Selain itu, beliau juga turut membuka gerai di Tamu Lawas (setiap Jumaat dan Sabtu) serta meletakkan roti beliau sebagai salah satu vendor di sebuah kedai runcit di Bandar Lawas .
Antara produk yang dihasilkan oleh Puan Sadiah adalah jagung kukus dan roti .
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat di dalam PI , beliau sememangnya sudah aktif dalam perniagaan ini dimana beliau telah lama membuka gerai jualan jagung kukus dan menjadi vendor roti kepada kedai runcit. Namun demikian, beliau mempunyai kekangan dalam capaian internet untuk mempromosikan dan mendapatkan maklumat mengenai produk yang dihasilkan.
Selain itu,Puan Sadiah juga turut tidak mahir di dalam penggunaan Microsoft office word (membuat label makanan) dan tanda harga .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui penggunaan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau mendapat manfaat dan memudahkan kerja-kerja beliau. Peluang ini juga digunakan oleh beliau untuk mencari resepi-resepi baru (penambahbaikan produk dan produk baru). Beliau juga turut mengambil peluang dengan mengikuti program yang dilakukan oleh PI Kampung Banting khususnya program usahawan seperti Puan Sadiah telah mengikuti pameran booth usahawan sempena Hari Bersama Komuniti PI Kampung Banting
Selain itu, Puan Sadiah turut meletakkan produk beliau di dalam MYSHOP iaitu aplikasi Dashboard Komuniti .
USAHAWAN KRAFTANGAN BATU SERAMIK
Nama : | Roziah Rinai Binti Samai |
Umur : | 35 tahun |
Keahlian : | Ogos / 2017 |
Latar Belakang
Puan Rinai mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kampung Banting pada Ogos 2017. Beliau merupakan usahawan dalam pembuatan kraftangan berasaskan manik seramik. Antara kraftangan berasaskan batu seramik yang dilakukan oleh beliau adalah , Gelang tangan, Rantai dan kechain.
Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Sebelum terlibat di dalam PI , beliau sememangnya sudah aktif dalam perniagaan ini dimana pelbagai program atau karnival yang telah beliau ikuti sehinggakan sampai ke semenanjung. Namun demikian, beliau mempunyai kekangan dalam capaian internet untuk mempromosikan dan mendapatkan maklumat mengenai produk yang dihasilkan (R and D Research and Development).
Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI
Melalui penggunaan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau mendapat manfaat dan memudahkan kerja-kerja promosi dilakukan oleh beliau dan beliau juga mudah untuk menggunakan email serta mencari maklumat yang diingini untuk penambahbaikan produk beliau (research and development). Beliau juga turut mengambil peluang dengan meletakkan produk beliau di PI Kampung Banting (ruang usahawan). Dengan kehadiran komuniti ke PI Kampung Banting, pengunjung mengetahui kewujudan produk-produk beliau kerana beliau turut meletakkan produk-produk di PI Kampung Banting.