Nama | Dayang Suhana |
Umur | 39 Tahun |
Keahlian | Julai/2018 |
Latar belakang
Dayang Suhana berusia 39 tahun dan merupakan usahawan produk Tradisional seperti jamu tradisional. Beliau mempunyai seorang anak lelaki berusia 9 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Dayang Suhana kurang berkemahiran dalam menggunakan komputer. Dan beliau juga jarang menggunakan aplikasi komputer untuk pengurusan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Dayang Suhana mula mengetahui cara menggunakan aplikasi untuk mencipta logo produk secara online seperti aplikasi Canva. Beliau juga belajar cara menggunakan Mikrosoft Word untuk membuat surat keperluan perniagaan dan juga Mikrosoft Excel untuk mewujudkan lejar perniagaan beliau.
Nama | Jacqueline Galang |
Umur | 47 Tahun |
Keahlian | Oct/2019 |
Latar belakang
Puan Jacqueline Galang merupakan anak sulung dari 8 adik beradik mempunyai 2 orang anak. Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting pada Oktober 2019.Puan Jacqueline memulakan perkhidmatan dan penjualan produk secara kecil-kecilan dimana hanya dipromosi melalui saudara mara,kawan-kawan dan jiran terdekat .Untuk melebarkan lagi sayap perniagaan , beliau mula memperkenalkan perkhidmatan dan penjualan produk beliau di media sosial seperti facebook dan whatsapp.Beliau memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2018 sehingga kini iaitu 2020.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, puan Jacqueline mengalami kesukaran untuk mempromosikan perkhidmatan beliau kerana tiada jaringan internet/wifi. Selain itu, beliau juga kurang berpengetahuan tentang cara-cara yang menarik dalam mempromosikan menggunakan laman facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Jacqueline juga mengambil peluang sebagai ahli Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara memprosikan produk menggunakan medium yang sedia ada seperti Facebook dan Whatapps.
Nama | Rupenzel Sipai Edward James |
Umur | 9 Tahun |
Keahlian | Mei 2019 |
Latar belakang
Rupenzel Sipai berusia 9 tahun dan merupakan pelajar sekolah tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Pusat Lawas. merupakan anak sulung dari 3 orang adik beradiknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Rupenzel Sipai tidak mengetahui cara menggunakan komputer dan faedah penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Rupenzel Sipai mula mengetahui cara menggunakan aplikasi untuk belajar secara online seperti matematik.com, tatabahasa.my, abcya dan Youtube . Rupenzel Sipai juga mula mengetahui cara menggunakan aplikasi asas komputer seperti Microsoft Office Word dan Powerpoint serta sering bertanya kepada petugas jika tidak mengetahui untuk menggunakannya.
Nama | Norasimah Binti Bakar |
Umur | 37 Tahun |
Keahlian | Nov/2019 |
Latar belakang
Puan Nurasimah merupakan seorang usahawan homemade pizza(Piza buatan sendiri) dan berumur 37 tahun. Puan Nurasimah mempunyai 3 orang anak dan merupakan guru Tadika Sedidik Lawas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum bekerjasama dengan Pusat Internet, Puan Nurasimah hanya tertumpu kepada pelanggan terhad iaitu kenalan peribadi beliau sahaja.Selain itu, Puan Nurasimah juga menghadapi kekangan untuk menghasilkan pembungkusan produk yang dapat menarik minat pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebagai ahli PI Puan Nurasimah mengambil peluang menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mempromosikan produk beliau dalam kalangan ahli PI.Puan Nurasimah juga mengambil peluang ini untuk meminta tunjuk ajar dari petugas PI bagi menghasilkan pembungkusan produk yang lebih menarik dengan menggunakan aplikasi yang tersedia. Secara tidak langsung dapat menghasilkan logo untuk pizza beliau.
CELIK IT PI KAMPUNG BANTING
Nama | Nurul Syazwani Binti Harianto |
Umur | 9 Tahun |
Keahlian | Oktober/ 2019 |
Latar belakang
Nurul Syazwani berusia 9 tahun dan merupakan pelajar sekolah tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Pusat Lawas. merupakan anak bongsu dari 2 orang adik beradiknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Nurul Syazwani tidak mengetahui cara menggunakan komputer. Nurul Syazwani juga tidak tahu cara meluangkan masa lapangnya dengan aktiviti berfaedah kerana dia dan keluarganya baru berhijrah ke Lawas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Nurul Syazwani sering mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Banting. Antara kelas yang diikuti oleh Nurul Syazwani sepanjang menjadi ahli adalah seperti :
- 1) Microsoft Office Powerpoint.
- 2) Microsoft Office Word.
- 3) Klik dengan bijak (Pertandingan menjawab kuiz)
- 4) Kelas matematik menggunakan Youtube.
- 5) Kelas Dashboard Komuniti.
- 6) Kelas Kemahiran Keusahawanan (Membuat origami rama-rama,DIY penanda buku).
Nurul Syazwani mula mengetahui cara menggunakan aplikasi untuk belajar secara online seperti matematik.com, tatabahasa.my, abcya dan Youtube . Nurul Syazwani juga mula mengetahui cara menggunakan aplikasi asas komputer seperti Microsoft Office Word dan Powerpoint serta sering bertanya kepada petugas jika tidak mengetahui untuk menggunakannya.