Nama | Sadiah Binti Adam |
Umur | 47 Tahun |
Keahlian | Nov/2017 |
Latar belakang
Puan Sadiah Binti Adam mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kampung Banting pada November 2017.Beliau sudah lama bergiat dalam bidang perniagaan. Produk baru yang dihasilkan oleh beliau adalah penjualan jagung kukus dan roti bun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Puan Sadiah sudah lama menjadi ahli Pusat Internet tetapi, beliau mempunyai kekangan dalam capaian internet untuk mempromosikan dan mendapatkan maklumat mengenai produk yang dihasilkan.Selain itu,Puan Sadiah juga turut kurang mahir di dalam mencari maklumat untuk menghasilkan prduk baru berasaskan permintaan pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui penglibatan Pusat Internet Kampung Banting Puan Sadiah dapat mencari idea untuk mengembangkan perniagaannya dengan mencari produk baru yang sesuai untuk dipasarkan. Selain itu, beliau turut mempelajari cara-cara membeli bekalan yang di perlukan untuk perniagaan beliau dengan harga yang lebih berpatutan bagi mengurangkan kos perbelanjaan.Beliau juga turut mengambil peluang mengikuti setiap program yang dijalankan oleh PI Kampung Banting khususnya program usahawan seperti Puan Sadiah telah mengikuti pameran booth usahawan sempena Hari Bersama Komuniti PI Kampung Banting dan juga Program Jom Sihat.Selain itu, Puan Sadiah turut bercadang meletakkan produk beliau di dalam MYSHOP iaitu aplikasi Dashboard Komuniti.
Nama | Rabiatul Adawiyah Bt Jamal |
Umur | 32 Tahun |
Keahlian | Dis/2019 |
Latar belakang
Puan Rabiatul Adawiyah Bt Jamal mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet (PI) Kampung Banting pada 16 Disember 2019. Beliau merupakan usahawan dalam penjualan produk kering.Beliau menggunakan PI Kg Banting sebagai salah satu medium untuk mempromosikan produk beliau .Antara produk yang dijual oleh Puan Rabiatul adalah roti bun pelbagai perisa dengan harga yang murah dan berpatutan
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat bersama PI , beliau masih tidak berani untuk menceburi diri dalam bidang perniagaan kerana kekangan masa.Beliau mempunyai kekangan mempromosikan dan mendapatkan maklumat cara-cara mempromosikan produk beliau.Selain itu beliau kurang mendapat maklumat berkaitan promosi kelas membuat roti dan menyebabkan beliau tidak dapat mencapai matlamat berniaga mengikut minat beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kemudahan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau mendapat manfaat dan memudahkan kerja-kerja beliau.Beliau juga turut mengambil peluang dengan mengikuti program yang dipromosikan oleh PI Kampung Banting khususnya program usahawan anjuran pihak swasta/persendirian.Tambahan itu, beliau ada menyuarakan untuk meletakkan jualan beliau di ruang usahawan yang di sediakan di PI, serta memuat turun produk beliau ke dalam Myshop Dadhboar Komuniti.
Nama | Hazlinda Binti Nasir |
Umur | 24 Tahun |
Keahlian | Nov/2017 |
Latar belakang
Cik Hazlinda Binti Nasir merupakan anak ke 4 dari 7 adik beradik. Beliau mula menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting pada November 2017.Beliau memulakan perniagaan atas talian iaitu Dropship baju kanak-kanak dan dewasa . Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan tersebut, pada tahun ini beliau cuba produk lain seperti dropship menjual Coffee CEO dan menjual bunga hiasan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Cik Hazlinda mengalami kesukaran untuk mempromosikan produk beliau kerana tiada jaringan internet/wifi. Selain itu, beliau juga kurang berpengetahuan tentang cara-cara yang menarik dalam mempromosikan produk menggunakan laman facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kemudahan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau membuat kemas kini laman facebook beliau untuk para pelanggan. Beliau menggunakan media massa seperti aplikasi Whatapps dan Facebook untuk mempromosikan produk beliau kepada para pelanggan.Cik Hazlinda juga mengambil peluang sebagai ahli Pusat Internet untuk mempelajari cara-cara menghasilkan laman facebook beliau agar kelihatan lebih menarik. Seperti mengemas kini info laman dan masa yang sesuai untuk muat naik maklumat dalam laman Facebook beliau.
CELIK IT PI KAMPUNG BANTING
Nama | Nur Qaisara Batrisya Binti Junaidi |
Umur | 9 Tahun |
Keahlian | JAN/2019 |
Latar belakang
Qaisara merupakan anak sulung bagi 3 adik beradiknya. Qaisara adalah pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Lawas dan telah menjadi ahli Pusat Internet pada bulan Januari tahun ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Qaisara tidak mempunyai pengetahuan tentang computer kerana tiada pendedahan oleh ibubapa terhadap penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Qaisara rajin menghadiri kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Banting. Antara kelas yang diikuti oleh Qaisara sepanjang menjadi ahli adalah seperti :
- 1. Microsoft Office Word Asas membuat kad ucapan.
- 2. Kelas Kemahiran Keusahawanan (membuat DIY penanda buku, membuat tabung, DIY Friendship Bracelet/gelang dan banyak lagi).
- 3. Pertandingan KDB jingsaw puzzle.
- 4. Mengikuti permainan ABCya.com.
Nama | Ruby Hartini Binti Awang Idiris |
Umur | 28 Tahun |
Keahlian | Feb/2018 |
Latar belakang
Puan Ruby Hartini Binti Awang Idiris mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet Kampung Banting pada Februari 2018. Beliau merupakan ibu kepada 3 orang anak perempuan.Beliau memulakan perniagaan atas talian iaitu kraftangan . Setelah beberapa tahun menjalankan perniagaan kraftangan, pada tahun ini beliau cuba menceburi perniagaan lain atas kekangan masa dalam menyediakan kraftangan.Pada bulan Julai yang lepas, beliau memulakan perniagaan menjual “ais kream viral” dan telah mendapat sambutan yang baik dari pelanggan.Antara produk yang dihasilkan oleh Puan Ruby adalah ais kream perisa durian, oreo, teh hijau, pudina, koko, milo dan banyak lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Puan Ruby sukar untuk membuat poster pengiklanan produk beliau. Menghasilkan poster yang menarik minat pelanggan menjadi kekangan bagi beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Melalui penggunaan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau mendapat manfaat dan memudahkan kerja-kerja beliau. Beliau menggunakan media massa seperti aplikasi Whatapps untuk mempromosikan produk beliau kepada komuniti setempat iaitu kawasan Kampung Banting.Puan Ruby juga mengambil peluang keemasan mempelajari cara-cara menghasilkan poster yang menarik minat para pelanggan.Selain itu, beiau juga mengambil peluang untuk menjual ais kream beliau di Pusat Internet setiap hari jumaat memandangkan jumaat merupakan hari puncak kehadiran pelanggan ke Pusat Internet.