CELIK IT PI KAMPUNG BANTING
Nama | Abigail Tadam |
Umur | 15 Tahun |
Keahlian | Jul/2017 |
Latar belakang
Abigail merupakan pelajar Sekolah Menengah Merapok dan berusia 15 tahun. Abigail juga merupakan anak bongsu dari 3 adik-beradiknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Abigail mempunyai pengetahuan yang terbatas terhadap penggunaan komputer iaitu pengetahuan yang asas sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Abigail sering mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Banting. Antara kelas yang diikuti oleh Abigail sepanjang menjadi ahli adalah seperti :
- 1.Microsoft Office Word Asas.
- 2.Microsoft Office Power Point Presentation.
- 3.Kelas Kemahiran Keusahawanan (menghias bakul, membuat DIY snowman dan pokok krismas)
- 4.Kelas tambahan untuk persiapan menhadapi ujian Tingkatan 3.
Abigail mula pandai menggunakan aplikasi asas komputer seperti Microsoft Office Word dan Power Point dan sering bertanya kepada petugas jika tidak mengetahui untuk menggunakannya.
Nama | Tryfosia Alena |
Umur | 27 Tahun |
Keahlian | Mei/2017 |
Latar belakang
Cik Alena merupakan seorang usahawan kedai cetak iaitu Michelle Printing dan berumur 27 tahun. Cik Alena juga merupakan petugas Pusat Internet Kampung Banting sebagai Pengurus.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Cik Alena hanya menfokuskan kepada skop pelanggan yang kecil iaitu pelanggan sekeliling yang datang ke kedai sahaja.Selain itu, Cik Alena sukar untuk mencari pembekal barang-barang yang diperlukan dalam menjalankan aktiviti perniagaan seperti pembekal kertas, ink cetakan, pembekal cetakan baju dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Dengan adanya Pusat Internet Kampung Banting, Cik Alena mengambil peluang ini untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau dan mempergiatkan promosi kedai cetak-nya.Sebelum ini, pages facebook “Michelle Printing” kurang dikemaskini dan diberikan fokus namun dengan adanya perkhidmatan wifi dan internet, pages facebook tersebut lebih aktif .Sebagai petugas Pusat Internet Kampung Banting, Cik Alena juga mengambil peluang ini sebagai salah satu kelebihan untuk mempromosikan kedai cetak beliau kepada ahli Pusat Internet yang memerlukan perkhidmatan seperti mencetak baju T-shirt mengikut design sendiri.Cik Alena menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mengembangkan lagi perniagaan kedai cetak beliau.Cik Alena juga turut memberanikan diri dengan membuka booth pada hari Perayaan Lunbawang dengan menjual baju t-shirt design sendiri.
CELIK IT PI KAMPUNG BANTING
Nama | Athirah Madhiyah Binti Suhaili |
Umur | 8 Tahun |
Keahlian | Feb/2018 |
Latar belakang
Athirah berusia 8 tahun dan merupakan pelajar sekolah tahun 2 di Sekolah Kebangsaan (MIS) Lawas. merupakan anak kedua dari 3 orang adik beradiknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Athirah tidak mengetahui cara menggunakan komputer malahan hanya menggunakan komputer untuk tujuan bermain permainan komputer dan youtube sahaja .
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Athirah sering mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kampung Banting. Antara kelas yang diikuti oleh Muhammad sepanjang menjadi ahli adalah seperti :
- -Microsoft Office Powerpoint.
- -Microsoft Office Word.
- -Klik dengan bijak (Pertandingan menyusun puzzle).
- -Kelas matematik menggunakan Youtube.
- -Kelas Dashboard.
- -Kelas Kemahiran Keusahawanan (Popiah Roll dan Kelas mereka busana).
Athirah mula mengetahui cara menggunakan aplikasi untuk belajar secara online seperti abcya dan Youtube .Athirah juga mula mengetahui cara menggunakan aplikasi asas komputer seperti Microsoft Office Word dan Powerpoint serta sering bertanya kepada petugas jika tidak mengetahui untuk menggunakannya.
USAHAWAN DOORGIFT BASKET
Nama | Kuab Lasong |
Umur | 52 Tahun |
Keahlian | Nov/2017 |
Latar belakang
Puan Kuab merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak. Berusia 52 tahun dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting pada November 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat dan menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Puan Kuab tidak menfokuskan perniagaannya kerana tiada tempat atau ruang untuk digunakan di Lawas.Selain itu, Puan Kuab juga tidak mempunyai idea untuk memperluaskan perniagaannya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Setelah menjadi ahli Pusat Internet Kampung Banting, Puan Kuab menggunakan Pusat Internet Kampung Banting sebagai medium untuk berniaga.Beliau meletakkan produk beliau di ruang usahawan yang telah disediakan oleh petugas Pusat Internet Kampung Banting.Selain itu, beliau turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (MYSHOP) untuk mempromosikan dan menjual produk beliau kepada komuniti setempat.Hasil pendapatan beliau akan tinggi bila tibanya musim seperti perayaan Hari Ibu, Hari bapa atau konvokesyen tadika.
USAHAWAN POPCORN (bertih jagung)
Nama | Masmorni Binti Sapar |
Umur | 42 Tahun |
Keahlian | May/2017 |
Latar belakang
Puan Masmorni Binti Sapar mendaftarkan diri sebagai ahli Pusat Internet (PI) Kampung Banting pada 7 Mei 2018. Beliau merupakan usahawan dalam penjualan produk kesihatan dan kecantikan.Beliau menggunakan PI Kg Banting sebagai salah satu medium untuk mempromosikan produk beliau .
Antara produk yang dijual oleh Puan Masmorni adalah :
- 1. MMG Massage Oil
- 2. Sabun dan Serum Tomato Hajar
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Sebelum terlibat bersama PI , beliau sudah mendaftar diri sebagai ejen produk tersebut.Namun demikian, beliau mempunyai kekangan dalam capaian internet untuk mempromosikan dan mendapatkan maklumat cara-cara mempromosikan produk beliau.Selain itu, Puan Masmorni juga kurang mahir mengguna media masa untuk mempromosikan produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Kemudahan internet/wifi yang disediakan oleh Pusat Internet Kampung Banting membolehkan beliau mendapat manfaat dan memudahkan kerja-kerja beliau. Peluang ini juga digunakan oleh beliau untuk mencari cara mempromosikan produk beliau lebih meluas.Beliau juga turut mengambil peluang dengan mengikuti program yang dilakukan oleh PI Kampung Banting khususnya program usahawan sebagai contoh beliau telah mengikuti pameran booth usahawan sempena Jom sihat bersama PI Kampung Banting yang di adakan pada bulan Februari yang lepas.Selain itu, Puan Masmorni turut bercadang meletakkan produk beliau di dalam MYSHOP iaitu aplikasi Dashboard Komuniti serta meletakkan produk beliau di ruang usahawan di PI Banting.